PASCA MODERNISME
Rupa-rupanya, setelah demokrasi berleluasa di seantero dunia, ia telah dihujum kerana bersikap rasis. Demokrasi tulen hanya mementingkan golongan majoriti sahaja, sehingga mengabaikan kehendak golongan minoriti dan hak asasi individu. Apa-apa isu yang timbul akan memihak kapada golongan majoriti, menyebabkan golongan minoriti tertindas. Ini secara tidak langsung menghasilkan kasta masyarakat, seperti yang ditentang habis-habisan oleh sosialisme.
Demokrasi pasca modernisme pula, mula mengagungkan hak individu dan minoriti sebagai sandaran serta paksi perjuangan. Pasak asal demokrasi hilang kerana tangan-tangan manusia sendiri. Demokrasi dikhianati, dan diubahsuai sesuka hati untuk memenuhi political mileage (unjuran politik) beberapa kelompok, parti dan individu. Ini menimbulkan persoalan, apakah perjuangan demokrat era pasca modernisme ini yang melihatkan kepelbagaian versi demokrasi yang wujud di dunia?
Politik antarabangsa hari ini menyaksikan apa yang diistilahkan sebagai "democracy is not a goal, but just a mere tool to achieve a personal goal". Para pendokong demokrasi seperti Amerika Syarikat, Israel dan Eropah tidak teragak-agak untuk menggunakan alat lain apabila demokrasi melalui peti undi yang dicanangkan tidak memenuhi matlamat yang diimpikan.
Beberapa contoh yang jelas berlaku boleh diambil.
Pada 26 Disember 1991, Parti FIS (Islamic Salvation Front) telah memenangi 188 daripada 232 kerusi parlimen di Algeria, menandakan berakhirnya tampuk pemerintahan Parti NLF (National Liberation Front) yang sebelum ini mendominasi arena politik Algeria. Tiga minggu selepas kemenangan ini diumumkan, pada 11 Januari 1992, Presiden Chadli Bendjedid telah meletakkan jawatan dan mengumumkan pembubaran parlimen yang baru sahaja dilantik pada minggu itu. Selepas 3 hari, 5 orang pemimpin dilantik (Haut Comité d'État) secara tidak demokratik untuk meneraju politik Algeria buat sementara waktu bagi memberi ruang agar pilihanraya baru untuk diadakan semula. Kemudian, semua pilihanraya yang berlaku hanyalah peti udi kosong yang sunyi dari demokrasi.
Dalam web opendemocracy.net, jurnalis Hicham Yezza melaporkan seperti berikut; "Against accusations that this was simply a cynical coup d'état by the military leadership, the move was presented by many within the democratic and secular movement as a necessary last ditch attempt to "save the republic" from an imminent Islamist takeover."
HAMAS (Islamic Resistance Movement) di Gaza pula pada tahun 2006 telah memenangi 76 daripada 132 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Kemenangan ini menyebabkan Israel dan sekutunya Amerika Syarikat kaget, lantas tidak mengiktiraf kemenangan bersih Hamas. Mereka pergi lebih jauh dari itu, dengan melabel Hamas sebagai gerakan teroris antarabangsa serta melaksanakan sekatan ekonomi dan kepungan yang kejam serta tidak berperikemanusiaan.
Tahun 2013 pula menyaksikan Mesir dikhianati oleh demokrasi, dengan rampasan kuasa oleh pihak tentera (dengan pengaruh Amerika Syarikat) ke atas kerajaan Islamis yang diketuai oleh Parti FJP (Freedom and Justice Party). Walaupun mereka memenangi majoriti dalam pilihanraya parlimen dan presiden secara demokratik dan telus, namun pihak tentera melakukan juga rampasan kuasa atas alasan sokongan kepada Islamis telah hilang dengan demonstrasi jalanan yang berlaku. Ini tidak munasabah dengan norma-norma demokrasi, yang meletakkan peti undi sebagai cara perubahan kerajaan yang sah dan adil. Ikhwan Muslimin dilabel sebagai teroris dan esktremis antarabangsa oleh pihak tentera Mesir, dan disokong oleh negara yang bersekutu dengan Amerika Syarikat, yang dinobat sebagai demokrat dunia. Negara-negara pejuang demokrasi lain diam seribu bahasa, langsung tidak berani untuk melabel perubahan politik yang berlaku di Mesir ini sebagai "sebuah rampasan kuasa tentera yang tidak demokratik", apatah lagi untuk mengecam dan mengkritiknya. Dikatakan pula perubahan adalah kehendak demokratik majoriti rakyat yang turun ke jalanan,
Dr Azzam Tamimi, telah menulis di dalam middleeastmonitor.com, "One wonders if a democratically elected civilian government through free and fair elections was really what the Americans were proposing as the solution for Egypt's predicament why have they not been vocal about condemning those that used military power to topple such a government? A critical perspective would conclude that the US Administration and many EU governments, like the liberal supporters of the coup inside Egypt, would prefer a democratically elected government as long as it did not include Islamists."
Akhirnya, realpolitik ala Machiavelli juga yang diamalkan oleh kuasa-kuasa besar dunia, untuk memastikan hegemoni unipolar Amerika Syarikat dan Israel terus berkuasa. Demokrasi bukanlah matlamat, hanyalah sekadar alat yang diperkudakan untuk memenuhi impian New World Order.
Ini membuatkan dunia ini akan kembali bertanya pada manusia, apakah sistem politik yang paling sesuai untuk memakmurkan masyarakat global, terutama untuk negara majoriti Muslim yang sentiasa menjadi ancaman hegemoni Barat?
AMAR ISMAT MOHD. NASIR
Jabatan Aqidah dan Falsafah,
Fakulti Usulddin,
Universiti Al-Azhar, Kaherah.
AMAR ISMAT MOHD. NASIR
Jabatan Aqidah dan Falsafah,
Fakulti Usulddin,
Universiti Al-Azhar, Kaherah.
EmoticonEmoticon