Sudah lama coretan terhenti. Mungki kelemahan penulis sendiri dalam mengurus diri yang masih lagi lemah serba-serbi. Langsung penulis teringat ungkapan Al-Banna dalam mentakrifkan seorang peribadi Muslim itu, sala satunya adalah "Munazzam Fi Syu'unihi" (Tersusun dalam Urusannya). Harap Allah mudahkan penulis dalam menyusun dan merangka urusan kehidupan selepas ini.
Belajar daripada alam dan pengalaman, merupakan satu lumrah yang amat menarik untuk kita kupas. Subjek luar dari silibus ini, perlu dielaborasi dengan teliti oeh orang yang mengalaminya. Hal ini adalah kerana, pengalaman merupakan emas yang termaktub dalam kehidupan seseorang, sesuatu yang sangat berharga untuk dilupai dan dillalui begitu sahaja tanpa diambil titik-titik penting daripadanya.
Daripada ISMA Tamhidi Outdoor yang penulis ikuti baru-baru ini di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak, penulis banyak dapat merumus kesimpulan. Bekalan dalam perjalanan kehidupan, agar penulis tidak tersilap melangkah dan menongkah pada masa hadapan.
Pertandingan Melastik di hutan |
Bersama Barisan Staf AIM 2012 yang setia berjuang |
Beberapa noktah penting untuk tatapan peribadi penulis, dan rasanya boleh dikongsi bersama semua:
- Perjuangan tidak mengenal erti lelah. Di kala tangan dan kaki sudah letih berpencak di siang hari, tiada alasan bagi para Da'ie untuk melabuhkan dahinya atas hamparan sejadah menghadap Yang Esa pada malam harinya. Biar letih itu yang mengejar kita. Lantas, tercapailah gagasan "Ruhban Fi al-Lail wa Fursan Fi an-Nahar".
- Peluang mendekati dan memahami teman, jangan pernah disia-siakan. Kerana semasa berada dalam program yang mana kita keluar dari kepompong jadual seharian kita, itu adalah masa yang amat baik untuk dihabisi dengan lebih mengenali teman seperjuangan.
- Sensitif melihat Agama masih lagi tidak sampai kepada sesetengah manusia yang begitu hampir dengan kita. Moga Allah suburkan jiwa kita dengan dakwah, layaknya seperti bicara Asy- Syahid Imam Hasan Al- Banna : ' Aku ingin berdakwah, hingga dakwahku didengari oleh janin di dalam perut ibunya..!"
Alf Syukran semua urusetia dan peserta ISMA Tamhidi Outdoor atas program yang menarik. |
Imam Ahmad Bin Hanbal pernah ditanya, "Bilakah diri ini boleh merasa kerehatan? Maka jawabnya, "Ketika sebelah kakimu berpijak di Syurga.."
Amar Ismat
Maahad Tahfiz Ikatan Muslimin, Ipoh
29 Feb 2012 06.18 p.m